Followers

Saturday, June 27, 2009

TAG DARI WELLY


Assalamualaikum semua rakan sekalian, tak kira dimana jua anda berada..

1. Copy badge "2009 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Grand banget kamu, tak tahu apa nak cakap kat kawan ku yang seorangg ni... nak tulis apa ye...tag ni datangnya dari kwan baik saya Welly, dah pangkat kakak dah sebenarnya welly ni, saya kenal welly dah hampir 5 tahun lebih... agak lama juga lah kan...., kami banyak share idea betukar pendapat dan paling best sekali, bertukar barang he.. he.. hee., kawan yang sentiasa membakar semangat, dan tak lupa juga anak angkat ayahanda saya. Any way thank a lot untuk awak welly for tagging saya, sayang awak.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya..

  1. Saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan merangkap "home manager" , dari supir, tukang kebun, tukang cuci, tukang masak pendek kata segala tukanglah, tapi saya enjoy, sebab saya dikurnia 6 orang cahaya mata, 3 putera dan 3 puteri dan seorang suami yang sangat memahami akan kesibukan saya, Ayahanda saya pun duduk dengan saya, jadi bertambah meriahlah saya dirumah. Saya juga pernah berkerja disebuah Syarikat Swasta di TTDI, selama 10 tahun, Berhenti berkerja setelah mendapat cahaya mata ke-3.
  2. Saya seorang yang simple dalam berpakaian, tidak terlalu memilih jenama, selalunya ikut bajet. Paling kecoh di kalangan adik beradik, kira friendlly lah., mudah mesra, mungkin kerana ringan mulut...tapi kalau dah bercakap susah nak berhenti, bernaung dibawah zodiak scorpio.....tapi kecoh-kecoh saya ni mudah juga tersentuh, sensitive (tapi tengok tempat dan keadaanlah)
  3. Hobi saya buat masa ni mengumpul barang barang lama....pantang jumpa kedai apek atau kedai lama - lama mesti masuk tak kira hujan, pasti berhenti singgah, abang dah tak kisah dah...dah paham bebenar dah, terima kasih ye bang... Tapi yang paling best pak mertua pun tolong sekali (cari barang antik) tu yang tak tahan tu.. ha ha ha ...
  4. Kalau bab masak memasak ni, memang saya suka, tapi tak le terror mana pun, paling penting anak nak makan semua boleh buat, sedap tak sedap nombor 10, janji anak suka dan habis bila masak, yang pasti suami tercinta tak pernah komplen...
  5. Bab - bab menghias ni memang saya suka kalau kat dapur, cicak tak de can nak merayap kat dinding..(binatang yang paling saya geli......) habis semua dinding, saya memang suka mengemas rumah, tapi dah tua tua ni lambat lah sikit pergerakannya, saya tak de maid jadi semua kena buat sendiri, tapi kalau dah nama minat, semuanya dibuat dengan kerelaan hati, kadang-kadang tak rasa penat pun..
  6. Shopping....cakap pasal shopping ni...memanglah hampir semua perempuan suka shopping, tapi bagi saya, kalau ada duit sikit tu, baju, make-up tolak tepi, yang penting perhiasan rumah, kalau magnet lagilah pantang jumpa, mesti nak beli(yang dah ada tak de lah nak beli) fridge tu sampai nak termuntah dah...tak larat nak menampung magnet semua tu... sampaikan anak-anak gi buat lawatan pun akan balik belikan sourvier magnet untuk ibu dia yang tercinta ni.
  7. Teramat meminati warna putih, light pink, hijau dan merah bata.....tapi putihlah jadi pilihan, apa saja yang saya jumpa, pasti saya spray putih, kadang - kadang abang kata jangan spray dia putih sudahlah ha... ha..
  8. Saya juga suka baca novel, kalau dah pegang buku satu kerja pun tak boleh buat, tapi dah kena pantau, ni lagi satu bila dah duduk kat komputer, pun sama juga, tapi itupun kena ada jadual kalau tak isk ....isk ...isk...
  9. Lagi satu sebenarnya hobi saya suka mengumpul tin lama, banyak juga koleksi tin yang telah saya kumpul termasuklah tin sardin, kopi dan apa jelah yang dinamakan tin, tak kisahlah janji ianya tin.
  10. Terakhir sekali sebenarnya saya juga suka menziarah sahabat lama, buat family gathering dan sebagainya ialah mengeratkan silatrulrahim, jadi rumah saya memang tak pernah sunyi dengan kedatangan ahli keluarga dan sahabat handai...Amin.
" MOTTO HIDUP SAYA, SENTIASA RENDAH DIRI DAN BERSEDERHANA DALAM SEMUA PERKARA SESUNGGUHNYA ITU ADALAH PINJAMIN DUNIA SEMATA....RENUNGKANLAH... "

Orait sampai disini je yang dapat saya taipkan...diharap kawan-kawan semua tak rasa bosan membaca celoteh saya....kalau kurang faham minta maaf banyak-banyak kalau berpuas hati terima kasih saya ucapkan...bye....

Seterusnya saya akan serahkan tag ni buat HANIM, IDA ISK, LYNN, AINIE
















2 comments:

  1. wahhh..mona anak 6 rupanya..tunjuklah gambar anak2 sikit nak gak tgok......gambar mak dan paknya pun nak tengok...heheh

    ReplyDelete
  2. Salam kak Khaty, seganlah nak tunjuk gambar..nantilah tungguuuu..... he he he ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...