Followers

Tuesday, June 30, 2009

~ENAMEL LAGI~


Salam teman-teman, n3 hari ni masih lagi dengan enamel, diharap jangan ada yang bosan dengan n3 saya ye...ialah hanya nak berkongsi minat je..saya beli periuk ni, memang dah ada dua cenderawaih ni... tak tahulah kenapa orang dulu-dulu letak gambar ni...ye tapi tak kisah lah layan je lah...


Ok ni di panggil kukus kot.... saya ada tiga saiz, masa beli tu ini aje yang tinggal, itu yang ambil semua, buat masa ini belum terlintas nak decopage lagi tapi tak tahulah akan datang...teko yang besar tu dapat dari seorang teman, setelah dipujuk baru dia jual pada saya...rasanya dulu susah nak jumpa teko tu... tapi bila dah mengenal dengan blog ramai rupanya kawan yang jual teko kuning tu...ok lah kengkawan semua layan ye.....ta ta...

AWARD ku lagi...


Ye ke! dapat Award ni..... Terima kasih kepada Cik adik manis Ainie yang sudi bagi Award kat K Mona, Di harap persahabatan di alam maya ini akan menjadi kenyataan dan dapat menyambung silaturahim yang berkekalan..


Sebutkan siapa pemberi anugerah ini dan sertakan pautan .
anugerah ini kepada 5 orang sahabat

Saya nak beri award ni kepada kawan-kawan baru

1) Welly
2) Monaliza
3) Lynn
4) Mrsnor
5) Hanim

Saturday, June 27, 2009

TAG DARI WELLY


Assalamualaikum semua rakan sekalian, tak kira dimana jua anda berada..

1. Copy badge "2009 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Grand banget kamu, tak tahu apa nak cakap kat kawan ku yang seorangg ni... nak tulis apa ye...tag ni datangnya dari kwan baik saya Welly, dah pangkat kakak dah sebenarnya welly ni, saya kenal welly dah hampir 5 tahun lebih... agak lama juga lah kan...., kami banyak share idea betukar pendapat dan paling best sekali, bertukar barang he.. he.. hee., kawan yang sentiasa membakar semangat, dan tak lupa juga anak angkat ayahanda saya. Any way thank a lot untuk awak welly for tagging saya, sayang awak.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya..

  1. Saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan merangkap "home manager" , dari supir, tukang kebun, tukang cuci, tukang masak pendek kata segala tukanglah, tapi saya enjoy, sebab saya dikurnia 6 orang cahaya mata, 3 putera dan 3 puteri dan seorang suami yang sangat memahami akan kesibukan saya, Ayahanda saya pun duduk dengan saya, jadi bertambah meriahlah saya dirumah. Saya juga pernah berkerja disebuah Syarikat Swasta di TTDI, selama 10 tahun, Berhenti berkerja setelah mendapat cahaya mata ke-3.
  2. Saya seorang yang simple dalam berpakaian, tidak terlalu memilih jenama, selalunya ikut bajet. Paling kecoh di kalangan adik beradik, kira friendlly lah., mudah mesra, mungkin kerana ringan mulut...tapi kalau dah bercakap susah nak berhenti, bernaung dibawah zodiak scorpio.....tapi kecoh-kecoh saya ni mudah juga tersentuh, sensitive (tapi tengok tempat dan keadaanlah)
  3. Hobi saya buat masa ni mengumpul barang barang lama....pantang jumpa kedai apek atau kedai lama - lama mesti masuk tak kira hujan, pasti berhenti singgah, abang dah tak kisah dah...dah paham bebenar dah, terima kasih ye bang... Tapi yang paling best pak mertua pun tolong sekali (cari barang antik) tu yang tak tahan tu.. ha ha ha ...
  4. Kalau bab masak memasak ni, memang saya suka, tapi tak le terror mana pun, paling penting anak nak makan semua boleh buat, sedap tak sedap nombor 10, janji anak suka dan habis bila masak, yang pasti suami tercinta tak pernah komplen...
  5. Bab - bab menghias ni memang saya suka kalau kat dapur, cicak tak de can nak merayap kat dinding..(binatang yang paling saya geli......) habis semua dinding, saya memang suka mengemas rumah, tapi dah tua tua ni lambat lah sikit pergerakannya, saya tak de maid jadi semua kena buat sendiri, tapi kalau dah nama minat, semuanya dibuat dengan kerelaan hati, kadang-kadang tak rasa penat pun..
  6. Shopping....cakap pasal shopping ni...memanglah hampir semua perempuan suka shopping, tapi bagi saya, kalau ada duit sikit tu, baju, make-up tolak tepi, yang penting perhiasan rumah, kalau magnet lagilah pantang jumpa, mesti nak beli(yang dah ada tak de lah nak beli) fridge tu sampai nak termuntah dah...tak larat nak menampung magnet semua tu... sampaikan anak-anak gi buat lawatan pun akan balik belikan sourvier magnet untuk ibu dia yang tercinta ni.
  7. Teramat meminati warna putih, light pink, hijau dan merah bata.....tapi putihlah jadi pilihan, apa saja yang saya jumpa, pasti saya spray putih, kadang - kadang abang kata jangan spray dia putih sudahlah ha... ha..
  8. Saya juga suka baca novel, kalau dah pegang buku satu kerja pun tak boleh buat, tapi dah kena pantau, ni lagi satu bila dah duduk kat komputer, pun sama juga, tapi itupun kena ada jadual kalau tak isk ....isk ...isk...
  9. Lagi satu sebenarnya hobi saya suka mengumpul tin lama, banyak juga koleksi tin yang telah saya kumpul termasuklah tin sardin, kopi dan apa jelah yang dinamakan tin, tak kisahlah janji ianya tin.
  10. Terakhir sekali sebenarnya saya juga suka menziarah sahabat lama, buat family gathering dan sebagainya ialah mengeratkan silatrulrahim, jadi rumah saya memang tak pernah sunyi dengan kedatangan ahli keluarga dan sahabat handai...Amin.
" MOTTO HIDUP SAYA, SENTIASA RENDAH DIRI DAN BERSEDERHANA DALAM SEMUA PERKARA SESUNGGUHNYA ITU ADALAH PINJAMIN DUNIA SEMATA....RENUNGKANLAH... "

Orait sampai disini je yang dapat saya taipkan...diharap kawan-kawan semua tak rasa bosan membaca celoteh saya....kalau kurang faham minta maaf banyak-banyak kalau berpuas hati terima kasih saya ucapkan...bye....

Seterusnya saya akan serahkan tag ni buat HANIM, IDA ISK, LYNN, AINIE
















Thursday, June 25, 2009

MANGKUK TINGKAT (RANTANG)

Mangkuk tingkat lagi... bolehlah buat cuci mata, ni pun sama juga dari Indonesia, sebenarnya banyak lagi design dan colour yang boleh kita dapat disana, tapi buat masa sekarang bunga yang ini je yang saya ada.
Ni close-up mangkuk tingkat merah tadi.....
Ini satu set family si Merah, tapi teko yang ujung sekali tu bukan dari Indo warna je sedondon tapi lahir kat England.

Wednesday, June 24, 2009

MANGKUK TINGKAT

Assalamualaikum semua, Lama rasanya tak n3.... nak buat cam ne ayahanda tak sihat, jadi kena slow down sikit, anyway kali ni... nak tnjuk mangkuk tingkat merah, lebih kurang sama ngan teko dan bekas nasi ari tu.... saya suka bunga dia cantik, ni pun dapat dari negara jiran...., kalau nak ikutkan, enamel banyak juga kat negara jiran selain dari china, tapi pada saya, cantik kat mata saya, kat negara manapun saya akan jadikan koleksi, tapi kalau ada yang berkenan tu.... boleh gak order... tapi kena tungguuuu...

Sunday, June 21, 2009

SI MERAH



Salam kakak - kakak, adik - adik dan rakan taulan yang lain, n3 hari ni tentang si merah ni... saya dapat teko ni dari seorang rakan yang sesangat lah saya sayangi...., hadirnya si merah membuatkan hati saya ingin mencari dan mencari lagi barang yang lain dari negara seberang, cantik kan.... sebenarnya kat sana lagi banyak enamel yang cantik dan menawan kan kak welly



Yang ni pula dipanggil besen nasi, tapi kalau kat Indo (basi) betul ngak welly, saya dapat ni melalui sepupu yang pergi acheh, dia tau saya suka barang ni jadi dia beli lah buat ole - ole buat saya. Bunga di besen nasi ni ada berbagai bagai, warnanya kalau tak silap ada dua putih dan merah. So kalau berkenan kat ati boleh lah order ...

Friday, June 19, 2009

JAM LAMA

Salam kawan - kawan semua, n3 kali ni nak cete sikit pasal jam jam yang ada kat sini, jam ni asalnya dari nenek suami saya, bermakna jam ni dah berusia 40 han, jam ni masih berfungsi tapi dia akan cepat setengah jam... tu lah yang asyik dok betulkan sehinggalah sekarang..
Yang ini pula pemberian dari kawan ayah mertua saya, masih berfungsi, sama dengan yang di atas dengan sendirinya setengah jam cepat...tapi ok juga.

Jam ni masih berfungsi macam biasa, jam ni kalau nak dihidupkan harus dikunci, dia akan aktif selam 24 jam sahaja, lepas tu kunci balik, saya dapat jam ni dari arwah atuk, jam ni agak lama berusia 50 an...tapi keadaan fizikalnya tak berapa cantik, saya tak nak ubah suai kerana nak biarkan nampak asli sikit, anak - anak panggil jam hantu sebab dia berbunyi bila dia hidup.
Tapi tak kisah janji nampak antik...

Wednesday, June 17, 2009

JAMU MATA LAGI....

Assalamualaikum kawan-kawan semua, n3 kali ni almari lauk versi moden...bolehlah, kalau ikutkan dia warna coklat dan mengguna kayu merbau, tapi disebabkan nak warna putih maka taukeh tu buatlah warna putih, dan mengguna kan kayu potanas, tak berapa familiar nama tu tapi itulah yang taukeh tu cakap. Macam biasa kalau dulu orang letak lauk saya seperti biasa memodenkan menyimpan pinggan mangkuk pakai harian.





Ok enamel ni koleksi saya, tapi kalau nak order boleh juga seperti biasa e-mail lah saya, ini 2 in 1, cantik juga sesiapa yang tak banyak tempat, bolehlah guna kan ni untuk deco, saya suka designnya...



Ni coffeepot mula mula waktu saya baru nak berjinak 2 kumpul enamel, beli pun tak berapa mahal rasanya dalam 20 hengget je... itu pun puas fikir nak ke, nak buat ape, ye lah sekarang dah celik, pantang ada teko enamel je nak beli...,

Saturday, June 13, 2009

FOR SALE....

ENAMEL KETTLE(BOOKED)

TOOL BOX
HANG MUG

Thursday, June 11, 2009

BARANG UNTUK DIJUAL (2)

Set cawan topiari 6 cawan dan 6 piring tak de teko RM 50.00
LONG RECTANGLE METAL BOX RM 120.00(BOOKED)

LAUDRY POWDER RM 90.00(SOLD)

BARANG UNTUK DIJUAL..

STOOL (SOLD~left 3~)


PETI SURAT RM 180.00

JAMU MATA


N3 kali ni, t, eko china ni agak comel juga, warna biru dan hanya 4 cawan je dalam simpanan saya.
Cawan ni tak de ibu dia, hanya ada 2 cawan je..x tau pi mana adik beradik dan ibu dia, dah terbang kot.




Tak banyak pelita dalam simpanan saya, cuma ada yang kecik kenot ni je..buat selit kat tepi pinggan.

BARANG UNTUK DI JUAL..

Assalamualaikum semua..... nt3 kali ini untuk jual barang - barang yang ada dalam simpanan saya, sesiapa yang sudi or berhajat sila lah hubungi saya.
Teko ni .... kalau tak silap saya dari Indonesia...

Ini pun dari Indonesia yang hendak di jual


Penyembur racun, tahun tak pasti...jika berhajat sila call or email kat saya..


Camera ni dari Germany....

Ini tahun 1950, pemadam api ....(RESERVED)

Ini kipas 4 mata, made in england.....(RESERVED)

Lantern ni usia tak tau lah, made in mana tak tau sebab bawah dia dah berkarat...

Wednesday, June 10, 2009

KOLEKSI KU....

Teko ros hitam ni, saya beli dengan kawan, suka tengok bentuk dia.....lain sikitN
Ini cawan kopitiam versi baru... rasanya bukan yang lama...tapi boleh lah, kalau ikutkan bunga SSyang kat belakang tu yang original colour dia
Pinggan makan ni je lah satu saya ada, warna coklat..

Tuesday, June 9, 2009

PINGGAN BUJUR..

Tak tahu nak panggil bunga apa pada pinggan bujur ni... tapi dia pemberian dari jiran, cantik juga bunganya terang, kalau ada tea set mesti cun kan....

Monday, June 8, 2009


Hai ni untuk cuci mata je.... may be tak berapa clear, tapi inilah rose kuning yang baru je diantar oleh en. nasir kita kat umah. memang cantik set ni yang frustnya piring nya tak banyak ada 2 je...tapi boleh lah, belum display lagi nak kena cari tempat dulu.

Sunday, June 7, 2009


Salam semua... hari ni saya n3 dengan mengenai teko biru yang solid dan montok, ini bukannya meakin yang glamour tu...tapi dia ATM nye... saya dapat dari uncle yang bertugas sebagai askar tapi cantik juga ala - ala meakin gitu.


Ini dia punya set semua ada 12 cawan dan 6 piring je... lagi 6 piring tu dah hilang dalam utan kot... masa dia bertugas. Cawan dia besar memang padan digandingkan dengan teko tu... Lagi satu dia punya milk jar dia pun besar dan bentuknya pun lain.

Ni pula buat cuci mata di pagi isnin yang cerah dan segar, sesegar bunga sakura yang saya beli dari en. nasir kita. Yatt akhir nya dapat gak coffee pot yang saya idamkan tu... memang cantik teko dia, set dia pun cute, memang sejuk mata memandang.

Teko nilah yang saya idamkan, comel tak...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...